Blog
Blog: May 2018
Latest Posts

5 Faktor Yang Mempengaruhi Kapasiti Penyejukan
Pernahkah anda merasa bahawa penyaman udara anda tidak cukup sejuk? Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sistem penyejukan.
Jika anda mempunyai bilik yang besar dan kapasiti penyejukan (cooling capacity) penyaman udara yang tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan anda berasa penyaman udara anda tidak cukup sejuk. Faktor-faktor yang menyebabkan penyaman udara anda tidak sejuk adalah, bilangan orang yang ramai di dalam satu bilik, bilangan barangan elektrik yang banyak, tingkap yang menyerap haba dari luar dan arah aliran untuk mengeluarkan haba, maka bilik anda tidak akan berasa sejuk.

7 Sebab Anda Perlu Senggara Penyaman Udara
Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.
Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!