Blog
Blog
Latest Posts

3 Pertimbangan Sebelum Membuat Pembelian Penyaman Udara
Jika anda ingat pemilihan unit penyaman udara adalah mudah, maka fikirkan semula. Tidak semua unit penyaman udara beroperasi dengan cara yang sama, malah saiz juga berbeza. Anda perlu membuat pertimbangan, jenis unit penyaman udara yang mana satu sesuai untuk ruang anda.
Kapasiti sejuk sesebuah unit penyaman udara bukanlah satu-satunya perkara yang perlu anda pertimbangkan. Lagipun, kapasiti penyejukan bukan hanya ditentukan oleh jumlah kuasa kuda (horse power), tapi juga faktor lain seperti di bawah:

5 Faktor Yang Mempengaruhi Kapasiti Penyejukan
Pernahkah anda merasa bahawa penyaman udara anda tidak cukup sejuk? Ini kerana terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sistem penyejukan.
Jika anda mempunyai bilik yang besar dan kapasiti penyejukan (cooling capacity) penyaman udara yang tidak mencukupi, ia boleh menyebabkan anda berasa penyaman udara anda tidak cukup sejuk. Faktor-faktor yang menyebabkan penyaman udara anda tidak sejuk adalah, bilangan orang yang ramai di dalam satu bilik, bilangan barangan elektrik yang banyak, tingkap yang menyerap haba dari luar dan arah aliran untuk mengeluarkan haba, maka bilik anda tidak akan berasa sejuk.

7 Sebab Anda Perlu Senggara Penyaman Udara
Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.
Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!

3 Cara Penjagaan Penyaman Udara Anda Mesti Tahu
Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik. Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan. Baca maklumat di bawah ini dan ketahui bagaimana anda boleh mengelakkan perkara-perkara di atas.























