Blog
Blog: July 2018
Latest Posts

Teknologi Inverter dalam Penyaman Udara Bagi Penjimatan Tenaga
July 18, 2018
Dalam era digital hari ini, pengguna lebih cenderung memilih produk yang cekap tenaga. Salah satu produk yang mendapat maklum balas positif dan signifikan ialah evolusi teknologi terkini; teknologi inverter dalam sistem penyejukan yang dapat meningkatkan kecekapan tenaga, memberikan keselesaan yang lebih baik dan menawarkan operasi yang lebih senyap.
Sebelum ini, pemampat (compressor) adalah sistem penyaman udara yang berfungsi pada kapasiti maksimum atau dimatikan sama sekali. Ia dihidupkan apabila bilik memerlukan penyejukan dan berhenti apabila suhu yang dikehendaki telah dicapai – dan kitaran ini berulang.